Message Tokey Wanisa

Boleh hubungi saya di

https://www.facebook.com/WanisHafiyWanisaShop/

Sunday, June 12, 2011

KEKABU

Pokok kekabu @ kapok tree (in English) banyak tumbuh di hutan hujan tropika seperti Malaysia. Dahulunya orang-orang lama sangat bergantung kepada alam semulajadi. Keakraban mereka dengan alam, menjadikan semua tumbuhan yang ada di persekitaran di manafaatkan sepenuhnya ke arah kehidupan yang lebih sihat.



Buah kekabu berbentuk kekapas, adalah sejenis gentian yang mempunyai pelbagai guna. Bantal atau tilam yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 15-20 tahun, asalkan perlu dielak dari terkena air dan sentiasa dijemur dan dipukul bagi menyingkir debu-debu kekabu yang telah hancur.

Amalan tidur menggunakan bantal dan tilam kekabu boleh mendinginkan kepala dan secara tak langsung menyejuk dan memperbaiki sistem tulang belakang penggunanya. Ianya juga sesuai untuk mereka yang sakit kepala dan sukar untuk tidur malam juga isomnia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...